Jumaat, 4 April 2014

Kuatiau Sup Terangkat!!!

Al kisah kuatiau Sup Terangkat tercipta adalah seperti berikut yang dihasil oleh emak saya.......

  1. Bahan-bahanya ialah:
  • fish cake 2 keping
  • fish ball 5 biji
  • bawang putih 3 labu-dikisar halus
  • halia 1 inci-dikisar halus
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • sup bunjut
  • kuib pati ayam
  • rempah sup secukupnya
  • garam secukupnya
  • kuatiau 500gram dicelur
  • bawang goreng
  • sambal kicap
     2.  Cara-caranya seperti berikut:

  • tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di dalam periuk bersama minyak yang ditelah dipanaskan.
  • masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga kekuningan.
  • masukkan ayam dan biarkan ayam masak seketika.
  • masukkan air secukupnya.
  • masukkan rempah sup, kuib pati ayam dan sup bunjut dan biarkan mereneh seketika.
  • Apabila sudah mendidih, masukkan garam secukupnya.
  • kuatiau sup enak dihidangkan ketika panas.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan