Selasa, 22 April 2014

DATO MAHARAJA LELA KEBANGAAN NEGERI PERAK

Namanya memang tidak perlu diperkenal lagi kerana jasanya kepada negara amat begitu bernilai sehingga ke hari ini. Itulah Dato Maharaja Lela @ nama penuhnya Pandak Lam. Allahyarham merupakan pembesar kelapan Perak. Beliau berketurunan Daeng Selili dan anak Raja Bugis yang berasal dari daerah Luwuk Sulawesi. Beliau dianugerahkan gelaran 'Dato Maharaja Lela Tan Lela'. Tugas beliau memancung tanpa bertanya.

  • Pejuang Bangsa
  • Berikut kronologi pembunuhan yang dilakukan oleh Dato Maharaja Lela:
  1. Beliau mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan bersama pemimpin yang lain seperti Orang Kaya- Kaya Seri Agar Diraja @ Dato Sagor dan Ngah Kandin.
  2. Dato Maharaja Lela.                                              3 Dato Sagor.
4.Ngah Kandin dan sahabatbya.
5. Beliau dan sahabatnya merancang membunuh James Wheller Woodfird Birch(J.W.W.Birch) yang merupakan Residen Perak.
J.W.W. Birch
6. Dato Maharaja Lela dan sahabatnya bermesyuarat di Durian Sebatang bersama Sultan Abdullah untuk membunuh J.W.W Birch.
7. Pada 2 November 1875 yang bersidang dari 14 Disember hingga  22 Disember di Matang menjatuh hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.





Selamanya HARIMAU MALAYA


Selamanya,selamanya,selamanya Harimau Malaya
Eleh, leh ,leh  ya, ya aaaa HARIMAU MALAYA

  • Itulah lirik lagu Harimau Malaya yang mencipta pelbagai kejayaan seperti menjuarai AFC CUP, SUKAN SEA dan sebagainya.
  • Di dalam pasukan HARIMAU MALAYA saya meminati pemain Mahali Jasuli yang bermain posisi pertahanan.
  • Disini saya ingin menunjukkan kejayaan yang dimiliki oleh HARIMAU MALAYA.


  • Akhir sekali saya menyeru rakyat MALAYSIA agar sokonglah industri sukan bola sepak agar pasukan bola sepak negara maju di hadapan.
  • MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA



Ahad, 20 April 2014

I LOVE TAIPING

Al kisah Taiping Bandar Warisan yang ku cintai. Taiping namamu tidak perlu lagi disebutkan lagi kerana ianya telah mencipta pelbagai kejayaan dan sejarah yang begitu menanjubkan di bumi Malaysia ini.
Di sini saya ingin menceritakn serba sedikit sejarah di Taiping dan keindahan bandar warisan ini.

   Pertama sekali saya ingin memperkenalkan landasan kereta api pertama di Malaysia yang memhubungkan Taiping dengan Port Weld. Tujuannya untuk mengangkut bijih timah ke pelabuhan Port Weld @ Kuala Sepetang.                                                                                                                                          











  • Selain itu saya ingin menunjukkan keindahan Taman Tasik yang begitu indah sekali.
  • Di samping itu saya menunjukkan bangunan bersejarah di Taiping yang masih tersergam walaupun dimamah usia iaitu Penjara Taiping.
  • Taiping juga kaya dengan keindahan alam sekitar iaitu Bukit Maxwell @ Bukit Larut
  • Kepada pengemar sejarah Taiping juga pihak kerajaan negeri telah menyedia Muzium Taiping
  • Akhir sekali Zoo Taiping yang menyajikan pelbagai kehidupan liar seperti seladang, ular, zirafah dan sebagainya.
  • Saya harap dengan blog saya ini anda akan melawat Taiping Bandar Warisan.














\\

Jumaat, 4 April 2014

Kuatiau Sup Terangkat!!!

Al kisah kuatiau Sup Terangkat tercipta adalah seperti berikut yang dihasil oleh emak saya.......

  1. Bahan-bahanya ialah:
  • fish cake 2 keping
  • fish ball 5 biji
  • bawang putih 3 labu-dikisar halus
  • halia 1 inci-dikisar halus
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • sup bunjut
  • kuib pati ayam
  • rempah sup secukupnya
  • garam secukupnya
  • kuatiau 500gram dicelur
  • bawang goreng
  • sambal kicap
     2.  Cara-caranya seperti berikut:

  • tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di dalam periuk bersama minyak yang ditelah dipanaskan.
  • masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga kekuningan.
  • masukkan ayam dan biarkan ayam masak seketika.
  • masukkan air secukupnya.
  • masukkan rempah sup, kuib pati ayam dan sup bunjut dan biarkan mereneh seketika.
  • Apabila sudah mendidih, masukkan garam secukupnya.
  • kuatiau sup enak dihidangkan ketika panas.   

Khamis, 20 Mac 2014

PENCERAMAH TERULUNG NUSANTARA

Pendahwah merupakan individu yang banyak berjasa kepada agama Islam dalam menyebar agama Allah yang mulia ini. Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit sejarah pendahwah di kawasan Nusantara. Wali Songo antara pendahwah yang masyhur di bumi Nusantara. Mereka ini merupakan pendahwah terkenal di Tanah Jawa. Wali Songo @ Wali sembilan dalam Bahasa Melayunya antara pendahwah yang aktif pada kurun ke 14. Mereka ini terdiri daripada:
                                                             - Sunan Gresik@Maulana Malik Ibrahim

                                                             - Sunan Ampel@Raden Rahmat           
                                                             -Sunan  Bonang@Raden Makhdum Ibrahim
                                                             -Sunan Drajat@Raden Qasim
                                                             -Sunan Kalijaga@Raden Said
                                                             -Sunan Kudus@Jaffar Shadiq
                                                             -Sunan Giri@Raden Paku
                                                             -Sunan Muria@Raden Umar
                                                             -Sunan Gunung Jati@Syarif Hidayatullah

















  1. Mereka memperkenal pelbagai bentuk peradaban:-
  • Kesihatan
  • Bercucuk tanam 
  • Berniaga
  • Kesenian&kebudayaan
  • Kemasyarakatan
  • Pemerintahan